Pelik jer bunyikan.Bahasa ape tue..
Hendak bagi informasi sikit kat sape-sape yang terbaca blog nie.Ia sejenis kuih tradisional,berwarna keemasan.Berasal daripada keturunan Banjar,menjadi kuih yang amat popular dikalangan kerabat-kerabat raja Banjar zaman dahulukala,sebab selain enak,ia berwarna keemasan/kekuningan melambangkan warna diraja.Kala didalam bahasa Banjar ialah ketika manakala katar ialah panas..jadi kuih ini sedap bila dimakan ketika panas2-panas
Kuih ini sangat harum,so kalau masak kat rumah tue.satu rumah bau kuih nie,jadi tak sabar-sabar hendak makan.Bahan asas kuih ini ialah kelapa muda..ia seakan puding(boleh dikatakan la)..yang pasti ia sedap.
sape2 nak try buat:
Bahan-Bahan:
¾ cawan tepung beras
3 cawan air kelapa
secubit garam
1 biji telor
¼ cawan tepung gandum
¼ cawan tepung gandum
2 cawan isi kelapa muda
¾ cawan gula pasir
Cara:
Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya. Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang.
Tambahan:
Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api.